other advert

Friday, April 6, 2012

Chill Oreo Cheese Cake


Chill Oreo Cheese Cake
Bahan A (untuk Base)
·         120gm biskut oreo (original flav.) - buang/ketepikan creamnya dan hancurkan
·         70gm butter – dicairkan
Bahan B (untuk Filling)
  • 250gm (8oz) Philadephia cream cheese - dilembutkan pada suhu bilik
  • 200gm whipping cream - thickened cream pun boleh guna
  • 70gm gula kastor (1/3 cup)
  • 1.5 sudukecil esen vanilla dalam bentuk serbuk putih - sy guna yg liquid punya
  • 1 sudu besar gelatine dilarutkan secara 'double-boil' dgn 30ml air
  • 40ml jus lemon – lebih kurang 2 sudu.
  • 5 - 10 keping biskut oreo (tak perlu buang krimnya) dipatah-patahkan
Cara Buat:

1. campurkan mentega cair ke dalam biskut oreo yang dihancurkan - gaul mesra kemudian ditekan-tekan padat ke dalam loyang 7 inci (sy guna loyang 8 inci) yang telah dilapik dengan aluminium foil. simpan di dalam peti sejuk seketika.

2. di dalam bekas sederhana besar, putar whipping cream pada hadlaju yang perlahan ( jangan terlebih putar speed laju) sehingga 'stiff-peak' sedikit. kemudian simpam di dalam peti sejuk.

3. di dalam bekas yg besar, putar cream cheese bersama gula kastor sehingga mesra dan lembut, masukkan jus lemon, gelatine cair dan serbuk vanilla...putar lagi hingga sebati.

4. campurkan whipping cream tadi ke dalam adunan cream cheese dan masukkan biskut oreo yang dipatah-patahkan tadi. tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan.

5. sejukkan/freezerkan adunan cheese cake tadi di dalam peti sejuk selama lebih kurang 4 jam, atau hingga benar2 sejuk dan keras. kemudian boleh dihidangkan.

*** untuk hiasan di atas boleh dihiaskan dengan serbuk biskut oreo atau biskut oreo itu sendiri.
SELAMAT MENCUBA… 

No comments: